Friday, May 18, 2012

MENANDA KERTAS DAN HARAPAN.

Hari ini dah 19/5/2012 pukul 2.41 petang. Nin baru lepas pergi ke rumah perkahwinan si khairul nazri. Masa dah banyk berubah. Banyak benda baru dalam acara perkahwinan. Cuma nak tulis sikit jerla. Dah menanda kertas melihat pera pelajar sudah ada semangat untuk belajaar dan berjaya. Tidak kira kelas belakang ke kelas depan. Tahniah semua. Satu lagi nak coretkan terima kasih kepada si fitrie yang sudi datang semasa cuti sekolah bagi sbpi batu pahat dan sanggup masuk kekelas untuk sama-sama belajar sejarah dan bukan dengan tangan kosong. Dengan membawa kek sekali.Mungkin dia mahu merasakan kenangan yang ditinggalkan. hahaha Rindu mengajar dalam kelas payah nak dibendung dan jika dapat mengajar. Maka segala yang ada akan diluahkan. Dari ilmu berlari, melompat, menari dan sebagainya. Hahahahahaha. Peganglah kata-kata saidina umar, didiklah anak mu dizaman mu.Jadi gunakan segala kepakaran untuk membentuk jiwa remaja yang sedang dalam kecelaruan. Tunjukkanlah jalan yang betul melalui tingkah laku dan adab sopan yang telah sedia ada didalam agama kita. Jika dulu berlumba lari untuk kekelas dengan para pelajar, maka operasi menyanyi dalam kelas, buat kerja sama-sama dengan pelajar, kalau salah cikgu didenda dan sebagainya mencetuskan revolusi dalam menguji kekuatan kita menghadapi cabaran-cabaran pelajar. Ambillah hati para pelajar dengan menjadi sahabat dan bimbing la seboleh yang mungkin. Belanjakan lah sekadar yang mampu disamping memikirkan apa yang perlu dilakukan lagi untuk menambahbaikan dalam menyampaikan isyarat. Tidak mudah untuk menjadi sahabat pelajar. Makan sekali, belajar bersama dan sebagainya. Eleman tegas jika pelajar melakukan kesalahan perlu sentiasa dititik beratkan. Ajarakan tutur kata yang sopan dan ambil lah tindakan yang sewajarnya. Adussss,,, bermadah lah pula. Yang pasti menjadi agen penyampai berita yang benar adalah sesuatu yang menyeronokkan. selamat hari guru........Cerita yang tak best ialah guru di sandakan tidak dapat bertukar. sedihnya dia..... Saya memasukkan slot tuh diakhir sebab berita yang tak best kalau boleh taknak dengar....huhuh

No comments:

Post a Comment