Saturday, April 27, 2013

MALAM-MALAM MAHU MENCORET.

Selamat pagi yer semua. pepagi buta duk update blog nin. Takper la siapa kisah kan.Aku punya blog, aku punya pasal la. Malam tadi keluar dengan cikgu praktikal namanyer cikgu maal, Budak UK. Wah bagus juga. Ayahnya seorang profesor kat usm sana. Pergi ambil dia kat rumah dia n terus ke ke kem bomba bukit katil. Ambil si Ayub pula guru interim. Kene update cepat-cepat bimbang lupa semua kisah-kisah best ini. Gambar yang atas itu dipostkan, itulah hasil kerja cikgu Epul, terima kasih sesangat pada cikgu Epul. Tidak lupa juga gambar dibawah itu pula semasa percutian kami ke tanah tinggi cameroon. Time tuh memang lucu la. Bangun jer dari tidur terus dapat idea mahu ke cameroon. Jadi perkara pertama ialah tempat hotel dulu la. kang pergi kesana penuh semuanya. Jadi akhirnya kami dapat juga tempah bilik. Bagus la dan selesa. Sejuk-sejuk ini memang tenang la. Kami tempah di camerion inn. Dekat sangat dengan hotel pain. Memang tak sangka sungguh sampai juga kami kesana. Banyk sebenarnya perangcangan kami. tapi satu-satu la. Hari tu tertengok tiket murah ke Hong kong dan China. Memang geram jer. Maklumlah tahun ini kami tak boleh kemana-mana. Ada misi penting untuk diuruskan. Maka kami simpankan sahaja mahu kesana. Lupa nak cakap dah sampai sana kami seperti biasa akan ambik pakej la untuk bersiar-siar. Malas ler nak bawak kereta, tambah-tambah ramai orang masa itu. Ambik la seorang rm25. Untuk mudahkan lagi , kami sentiasa bawa GPS yang sentiasa ada tuh. Perkara yang biasa dibawa kemana-mana ialah bekas pemanas air. penting tuh. ok. cam panjang pula pepagi buta ni. Selamat pagi semua. 28/4/2013 1.40 pagi

No comments:

Post a Comment