Friday, April 26, 2013

Burger Bakar


Malam ini update lagi blog. Esok untuk makluman akan ada sekolah ganti. Tuh gambar yang diupload tuh beger yg dibeli untuk makan malam. Tadi ada diuploadkan gambar semasa kat indonesia. Tapi suatu hari akan sampai juga kat negara china. Minat betul mahu ke sana. Mungkin sebab melihat negara yang besar dan ada sejarah yang tersendiri. Tahun ini aku rasa la macam pmr sekolah aku akan jatuh jer. Bebudak ramai main-main. Camner tuh. Ops time ditulis blog nin dah 7 hari tempoh berkempen untuk pru13. 3hb 5 nin aku akan balik ke kampung untuk mengundi la. Undi jer la yang mana patut. Sebenarnya banyak kejadian yang berlaku tahun ini dah akhir tahun lepas. Tak ketinggalan kepada si saiful. cikgu smk bukit baru yang menyiapkan hantaran kahwin aku tempoh hari. Memang cantik la apa yang dibuatnya. Nanti ada masa aku uplodkan hasil yang dilakukan oleh cikgu epul. Si penglipur lara.Banyak benda nak cerita hari nin. Tadi aku relief kelas tingakatan 1 mutiara. Wah kali ini aku menceritakan bab sultan Muhammad Al-Fateh pemimpin muda yang membebaskan contetinople. Terpegun mereka-mereka ini bila cerita dimainkan.Aku nin leh jadi pencerita.Asyik-asyik bebudak mintak aku bercerita kalau ada masuk kelas. Yerlah banyak cerita yang bagus-bagus boleh diceritakan kepada mereka. Pasal tadi cerita bagaimana pimpinan Al-fateh ini duk menarik kapal menyusuri bukit. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah hantu pula. Dulu masa praktikal duk bercerita hantu untuk kelas tingkatn 2 sampai mata mereka tak berkelip. Lawak juga. habis sunyi satu kelas khuyuk mendengar kisah cerita hantu ini. Tadi aku dah marah pelajar. Aku nin susah nak marah kalau dah marah situ jugak budak leh menagis dengar cermah aku. Hahaha.... tak apa lah janji untuk ubah perangai para pelajar ini. Aku merasakan ada satu cara untuk menakluk hati pelajar-pelajar yang bermasalah ini. Masih dalam peringkat percubaan. Cuma tahun nin aku tak mengajar untuk SPM, tetapi mengajar budak PMR pula. Dulu semasa kelas untuk SPM aku gunakan teknik insaf dalam pengajaran. InsyaAllah jika diberi peluang lagi akan menggunakan lagi teknik ini, khas kepada pelajar-pelajar yang terlalu lemah dalam subjek sejarah. Tahun lepas terbukti berkesan teknik insaf ini. ramai yang dapat A dan B. Alhamdulilah la. Tahun nin PMR macam susah sikit la. Cuba juga mencari formula untuk menarik pelajar. rasanya cukup la untuk malam ini.  26/4/2013 9.38 pm

No comments:

Post a Comment