Saturday, April 27, 2013

Mengenang memori lama

Hari ini dah 29/4/2013 8.03 malam. 5 hari lagi nak mengundi. Hari ini kena pergi ke kuala sungai baru sebab ada majlis penyerahan watikah profesor adjung khoo kay kim. Macam aku pula yang ambil gelaran itu. Memang jauh sungguh dari jasin ke sana. Wakil pengetua pula tu. Sebelum itu aku nak bagitahu yang gambar paling atas itu adalah gambar selepas kenduri kahwin kat rumah aku. Muka letih selepas mencuci pinggan mangkuk dan periuk semua. Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan dan saudara mara yang banyak menolong menjayakan masjlis kali ini. Seperti biasa selepas semua selesai, solat magrib dan terus keluar dengaan wife aku ambil angin. Hilangkan rasa letih semua la. Jadi pergi kat secret resepi makan-makan kat situ. Gambar kenangan semua itu. Gambar yang kedua pula itu adalah gambar meja aku kat sekolah. , meja perlu ceria untuk meneruskan hari-hari yang ceria. Tapi camtu la dah banyak hari meja aku tuh dah penuh dengan barang-barang dan buku pelajar. Tadi time mengajar cam naik hantu jer. huhuhuhu. Macam-macam idea datang. Terpaku sekejap budak. Gambar yang ketiga pula tuh adalah semasa khursus kat hotel sport apa bender tah. Pergi jalan-jalan, nak tahu waktu ini pukul 1 pagi. Semua nak pergi mcd. Adus, si cikgu F dan cikgu Iman memang terbaik sungguh. Bab makan serah la kat kitaorang. Lupa nak cakap masa ini adalah untuk khursus pengacaraan. Aku pelik nama aku naik jadi pengacara. Kalau nak mengutuk boleh jer, nak jadi pengacara susah sikit dan memang belum bersedia. apapun tahniah kepada cikgu f dan cikgu iman orangnya memang berkaliber. Ok keluar dulu.

No comments:

Post a Comment