Monday, December 21, 2009

ISU BANGUNAN RUNTUH TERENGGANU

Saya tepanggil untuk memberi ulasan berkaitan dengan isu bangunan runtuh. Stadium Gong Badak yang tersergam indah dulu kini runtuh, diikuti oleh masjid, sekolah dan yang terbaru ialah perhentian bus di kuala berang. Saya fikirkan bahawa kerajaan perlu memandang berat keadaan ini kerana projek kerajaan ini sedikit memberi imej yang buruk kepada semua. Kenapa? ini kerana semua yang dihasilkan tidak kira stadium, masjid, sekolah dan sebagainya ialah duit rakyat. Bayangkan satu projek yang bernilai besar tetapi runtuh. Ye betul , mungkin takdir. Tetapi adakah hal yang sama berulang berlaku. Sehingga ketahap ini, perlunya satu mekanisma yang baik bagi memantau projek-projek ini. Hitungkan lah berapa kerugian yang dialami. Siasatan terperinci perlu dilakukan untuk mencari apa yang menjadi punca. Saya sedikit terkilan kerana, tidak kedengaran suara-suara dari NGO-NGO yang memperjuangkan isu ini. Amat malang bagi rakyat negeri Terengganu nasib tidak begitu dibela. Ini bukan isu yang kecil untuk diketengahkan namun fikirkan lah bagi projek yang bernilai ribuan, malahan jutaan ringgit seolah-olah disembunyikan. Bagaimana nasib stadium Gong badak? sehingga sekarang tidak diperbaiki.Disini saya mencadangkan agar para pemimpin agar tidak mengabaikan amanah rakyat. Didalam mstar hari ini menyatakan bahawa berlaku pertikaman lidah antara satu sama lain. Saya menyokong jika pergaduhan membawa kepada kemakmuran dan keharmonian rakyat Terengganu. Jangan akibat bergaduh , akhirnya rakyat Terengganu menjadi mangsa. Berikan perhatian yang utama kepada kebajikan rakyat Terengganu. Bandingkan lah pembagunan negeri Terengganu dengan yang lain. Saya tidak bercakap untuk laras politik, tetapi ini adalah rialiti. Sayang seribu kali sayang. Projek monsun cup kerajaan Terengganu, apa yang memberi faedah kepada rakyat Terengganu? Adakah masyarakat Terenagganu dapat merasai nikmat daripada keuntungan tersebut sedangkan negeri mengalami defisit pada hakikatnya. Saya merasakan bahawa kerajaan negeri perlu membuat pembaharuan yang menyeluruh serta membuat sedikit kajian. Saya percaya rakyat Terengganu mempunyai kemahiran yang berkelas dunia. Gunakanlah sebaiknya. Walaupun isu bagunan runtuh merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi, tetapi jika pengurusan yang baik insyaalah akan menidakkannya serta menyelamatkan duit rakyat. Bodoh sangat ke rakyat Terengganu sehingga empat kejadian runtuh, dimana agensi kerajaan yang memantau projek-projek kerajaan. Sudah ketandusan sangat ke,jurutera di bumi Terengganu ini................

No comments:

Post a Comment