Friday, December 25, 2009

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN




Hari ini aku dah sampai kat tg malim. aku berkampung di parit buntar pada 23 hingga 26. 12.2009. Lama tuh. aku nak cerita la sedikit pengalaman aku nih. mula-mula sampai aku memang suka gile sebab jauh memandang sawah padi. Opss.. lupa aku pergi kat sana naik motor je. lebih kurang 4 jam juga lah. Aku ni suka kalu tinggal kat kampung. Nak dijadikan cerita, rumah kawan aku nih betul-betul tengah bendang. Hari pertama je aku dah ikut kawan aku pergi kenduri kawin. Misinye nak cari air asam parit buntar yang glomurr. Tapi memang sedap la. Aku tak ambil la gambar air asam tuh. riuh rendah keadaaan kat situ. Petang sehingga malam aku jalan-jalan kat pekan parit buntar tu. petangnya aku pergi kat pantai tanjung piandang dekat dengan kuala gula dan kuala kurau. Pantai ni pernah dilanda tsunami pada masa dulu. Aku ambik gambar gak pemandangan selat melaka.Kat situ aku cari juga mi udang yang popular tu. Tapi banyak tutup.Malamnya aku cari char keteow. Sedappppppppppppppnye keteow kat situ. Semua yang tak pernah aku jumpa aku pulun. haha. Sempat lagi tuh aku malam tu cari pusat karaoke. huahua. Ingat nak ajak kawan aku tuh pergi main snuker sekali. Gatal tangan juga nih. Esoknya , aku bagi cadangan pergi taiping. Aku pergi singgah mrsm taiping yang top tuh. pastu pergi zoo taiping n pergi air terjun disitu. Jalan sakan aku, kalu nak tahu.. abang aku baru je balik dari parit buntar semlm dan mak aku plak jalan-jalan kat temerloh. Boleh kata semua orang family aku makan angin. Aku solat jumaat kat parit buntar dan aku pergi penang plak. Sempat la singgak usm. Boleh kata aku dah menakluk perak dan pulau pinang. Aku jalan-jalan dan sempat pergi rumah kawan aku si mas, rumah dia kat nibong tebal. Memang puas aku jalan-jalan minggu ni. Malamnya aku singgah pasar malam yang juga sempadan negeri kedah. Aku ibarat meniti sempadan antara perak, p pinang dan kedah. tiga negeri sekali aku balun. esoknya secara tidak dirancang, aku terpaksa bertolak awal ke Tg Malim kerana asaimen telah menghabat aku. Jadi aku balik la seorang diri dan sampai ke upsi tepat jam 11 pagi. Tapi aku tak akan lupa punya makan ikan puyu, haruan, sepat yang di masak sungguh sedap oleh mak kawan aku nih. Cuma tak sempat makan belut, burung wak dan lain-lain. ok la , aku dah letih ni. nak tido kejap. Selamat kembali ke upsi semua....

No comments:

Post a Comment