Thursday, January 21, 2010

AKU HILANG BEG



Aku hari ini balik ke kampung menaiki bus utama. Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada diri aku. Aku menaiki bus dari tg malim untuk pulang ke kampung. dah la tiket mahal. Aku bergerak dari tanjung malim tu pukul 10 malam, Tapi bus sampai dalam pukul 11.15. Puas hatikan. selamat aku ada geng malam tu, si rohana dengan si yati geng2 veteren. Aku pun caam biasa la berkemas nak balik kampung letakkan beg galas aku tuh kat bahagian bawah. Aku perasaan bas ini banyak kali berhenti pertama di temerloh dan kuantan, pastu dungun. Aku tak perasaan apapun. bagi aku semua ok.Pastu aku sampai kat kampung dalam pkl 7. Mengejutkan aku beg aku xda la....... Sedih la. Selamat la dalam beg aku tuh xda barang berharga, yg ada cuma kunci moto dan kunci umah, begang gak la. sampai umah aku xbanyak cakap mane la. Dalam beg aku tuh ada sabun yang aku xpakai ingat nak bawak balik laa, 2 kilo. Pastu dalam beg aku tuh ada la beras yang tak abis aku masak, ditambah dengan periuk kat umah aku tu rosak. So dalam beg aku tuh ada kunci, sabun, beras agak-agak dalam 4 kilo. berat jugak la. Aku harap aku jumpa la beg aku balik. Drebar bas tuh dah ambik no tepun aku. Dalam perjalanan kat kuantan aku tau drebar tuh ada terima panggilan dari sana mengatakan ada penumpang tersalah ambik beg. Kan bodoh tuh , menyusahkan orang sahaja. Aku harap tu beg aku la. Sekarang aku tengah menunggu panggilan yang berupa pengharapan. Aku harap ma faham keadaan pa sekarang dan pa buat masa sekarang tak ada mood betul . maaf la. Aku sekarang tengah terpikir langkah yang perlu aku buat bagi menyelamatkan moto aku nih yang pasti duiiiiiiiiiiiiiiiit akan banyak terbang. Aku dengan cepatnya pergi buat laporan polis untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku tambahan 2 kad matrix aku ada sekali dalam beg tuh. Amin selamatkan lah beg galas aku tuh.

2 comments: