Saturday, May 11, 2013

Musim pru 13 dan kerancakannya


Assalam semua.. Hari ini dah masuk 11/5/2013 . Sekejap sangat masa berlalu. Sebenarnya banyak gambar-gambar yang diambil nak di uploadkan. Tapi line pula tidak kuat, pasrah jela. Tapi tak mengapa masa masih panjang, pasni akan diuploadkan la. Ada gambar stadium, gambar jam dan juga lencana. Maklumlah time mengundi kan. Macam-macam lah yang dikempen kannya. Hari tuh balik ke kampung dengan si nizam. Kereta simpan kat sekolah, malas ler nak drive pastu tgk pula meter dah nak kene servis pula. Servis mejor tuh. So biarkan dulu la. Sebelum itu juga mau diucapkan selamat hari guru kepada  semua guru di Malaysia yup. Minggu depan nin akan berlangsung majlisnya. Hari khamis dan dah ambik keputusan nak nyayikan lagu anuar zain tajuknya sedetik lebih. Hhahahahahaha camner lah nanti. Dah ler tadi masa jaga audio tadi panas, maklum ler ketua lagi tuh. Aku bukannyer pandai sangat pun nak main bender-bender elektronik nin. Selamat sifu seman ada, Cikgu seman tuh dah jadi cikgu lebih 30 tahun tuh. Pengalaman dia banyak. Yang lawaknya tadi ramai anak buahnya yang dia mengajo dulu datang jumpa dia. Semua dah tua-tua. Adus, takpe jasa guru lagikan dikenang kan. Hari tuh dah praktiks lagu tuh . Ok la, cuma kene jaga suara la, Badan pula dah lama tak jaga pemakanan nin. Jadi bermula hari esok pemakanan akan dijaga untuk menjaga kelancaran suara nanti. Yup sebelum aku lupa minggu depan dah nak cuti tuh. wah bestnya. Rehat-rehat. Rehat-rehat sambil mencari idea untuk menaikkan peratus bebudak pmr dalam subjek sejarah nin. Dulu kalau spm mudah, aku gunakan teknik insaf dan alhamdulilah resultnya baik juga la. Kenkadang pelajar ini kita perlu memahami situasi didalam kelas sebelum merancang langkah-langkah yang perlu diambil. Hari jumaat hari tuh, sesi berceramah tentang rokok. wah, best tuh. mengigau pelajar kene ceramah. Tiada paksaan dalam nak hisap rokok. Cuma pupukkan cara dan langkah yang perlu diambil. Tapikan tengok daripada yang berkunjung ke blog aku nin cam bertambah jer.. takper la. baca jerla. hukhuk. salam sayang untuk semua 11/5/2013 9.50 malam

No comments:

Post a Comment