Monday, May 20, 2013

Haris dan juga Madhav bertumbuk.



Assalamuaikum. Hari ini terpaksa menupdate jugak la blog aku yang tersayang ini. Sebabnya apa dia ek, sebabnya nak ceritakan tentang satu berita yang tak sedap di dengar apabila pelajar kelas aku bergaduh pula. Yang peliknya, si haris dengan si madhav tuh. Untuk makluman semua yang baca blog aku nin la. Bebudak dua orang ini tak ada masalah sangat la. Diaorang bagus dan dengar kata, rajin pula tuh. Biasala lah tuh kalau pelajar lelaki bergaduh ini. Sebelum itu juga aku nak cadangka pada semua buku pasal travelog dan juga buku berkaitan dengan pelajar terbaik Malaysia Nik Nur Madihah perlu dibaca oleh semua orang saku rasa. Banyak sungguh pengajaran daripadanya itu. Hari ini aku uploadkan 3 gambar-gambar lama ler. Yang paling atas tuh semasa di Mesra Mall, pergi jalan-jalan sebab baru balik dari Melaka tuh, Gambar yang kedua pula tuh ialah mak dan ayah aku. Bawa makan kat RFC kat mydin MITC. Dulu la, sekarang RFC tuh dah tutup dah.Kurang orang yang pergi ke situ. Dedulu selalu juga pergi ke RFC ini selepas mengajar la.Tapi lelama rasa bosan jer. Gambar yang ke tiga tuh gambar masa kat Dataran Pahlawan. Pusing-pusing kat sana. Ambik gambar dengan rusa berkilat. Tapi sekarang aku dah gemuk ler sikit. takpe asalkan bahagia. Lantak lah, tapi nak tekankan untuk entri aku pada hari ini ialah pasal si haris dan madhad bergaduh. Esok akan dipanggil. Wah cam hakim gtu nak jatuhkan hukuman. Hari ini pun bercakap pasal syarat sembelihan. Tapi dalam subjek geografi. Begitu lah, aku nin kalau bab mengajar akan selitkan apa-apa yang berkaitan. Alhamdulilah moga mendapat berkatnya nanti. Hari ini aku dapat habiskan 3 buah buku, wah bagus juga tuh. yang teruja ialah pengalaman mereka-mereka yang berkelana kenegara orang. Jadi dengan ini ditekadkan suatu hari nanti pasti akan menjejakkan kaki ke kota London dan juga kota Beijing. InsyaAllah, doakan aku tuh untuk sampai juga kesana. Hari isnin hari yang sedikit penat la rasanyer. Biasanya tido awal akan jadikan esok rasa sihat sikit. Ok la, cukup la rasanyer untuk malam ini. selamat malam semuanya. 9.30 malam 20/5/2013

No comments:

Post a Comment