Saturday, May 25, 2013

ROTI BAWANG


Assalamualaikum. Setiap aku tulis musti kalau boleh masukkan gambar sekali ler. Semua ini kenangan la kawan. Gambar yang pertama ialah itu adalah gambaran roti bawang yang sedang dimasak. Semuanya menggunakan pemanggang ajaib. ajaib sungguh sehingga semua bendar digunakan, baik daripada memanggang ikan, ayam, sotong dan sebagainya. Semuanya sedap dan tak perlu pun guna minyak. Camner nak buat roti bawang ini ek. Meh chef ajarkan. Pertama sediakan roti , sapukan dengan mentega, pastu mayangkan bawang dan taburkan dalam pemanggang itu, Letakkan roti tersebut dan balik-balikkan untuk masak yang sekata. Jika roti nak tahan lama masukkan dalam peti ais yer. Rasanya tahan lama sikit la. Hari ini tak ada kerja. Banyak benda terbuang gtu jer. Kalau kerja sekolah time cuti minta maaf ler, tak nak sentuh wei. Aku nak berehat jugak. Gambar yang bawah itu ialah pelajar-pelajar kelas aku yang nakal, main bola kertas sampai bergaduh. Ini adalah sesi denda , sebelum hukuman dijatuhkan. Perbicaraan bermula. Akhirnya terbukti salah mereka berempat ini. Korang nak tahu aku dapat jemputan kahwin yang amat banyak. Tak larat nak pergi semua nin. Satu lagi jemputan untuk melawat anak baru lahir. Sangat sibuk. Lambatnya hari selasa, mahu balik kampung dan berehat. Moga mereka ini bila besar akan menjadi orang berguna. Harapnya camtu la. Malam ini makan megi sahaja, tak ada mood mahu pergi kekedai. Sabar jerla. Nasi dah ditanak untuk buat nasi goreng esoknya. Buat nasi goreng merah dah la. Nanti ingatkan aku bawa balik, jubah, pil dan barang-barang hadiah kahwin. Jubah baru tadi aku dah beli, saiz s ok la tuh. Dah suka pakai camtu. Kat rumah sana ada warna hitam, ini warna putih. Esok tak tahu nak buat apa. memang buntu. Sabarkan hati. Sikit lagi nak balik. hahahaha. Rasanyer sampai itu dulu la entri ini. Aku nak solat jap. jum tido. 26/5/2013 12.25 malam

No comments:

Post a Comment