Wednesday, May 22, 2013

Hari esok ialah hari khamis nak cuti dah oiiii

Alhamdulilah esok adalah hari khamis. Lusa dah bermula cuti yang amat menyeronokkan. Malam ini cuma nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari ini jer. Hari ini terjaga awal pastu solat isya sebab terlalu penat dan tunggu jer subuh. Syahdunya hari ini. Lepas itu terus bersiap dan terus pergi beli nasi kerabu. Beli untuk ketua panitia satu la. Belanja dia sebab dia macam dah sters kerja yang terlalu banyak itu. Nasi kerabu yang dijual ditaman maju tuh dah bertukar tuan dah. Tuan yang asal dah berpindah ke sabah. Yang lebih menyeronokkan nasi kerabu yang dibuat oleh orang ini lagi sedap dan rasanyer lain sikit. Harga berubah dariapda rm2.50 kepada rm3.00 . Hari ini tengok dalam beg duit ada rm10 ringgit  jer lagi. Dalam bank dah kosong. Seperti biasa belanja ketua panitia satu. Aku satu, pastu beli untuk petang pula satu. Jadi duit semuanya dalam beg duit ialah rm1 sahaja. Tak mengapa masih boleh bernafas lagi. Nak dijadikan cerita pula hari ini cikgu tey telah suruh aku staple kan kertas untuk program guru muda pula. Camner nin. Kerja makin bertambah ini. Lupa nak bagitahu hari ini sekolah aku ada lawatan daripada pengetua-pengetua seluruh melaka. Pastu diaorang masih nak datang pula ke sekolah. Adus hari tuh dah sampai pukul 7 balik. Bukan aku je, semua cikgu la, Gkmp semuanya aku lihat letih. Kembali kepada cerita rm1 aku tadi. Dah kene staple kan kertas itu, maka aku telah memanggil 2 orang pelajar untuk tolong aku ler staple kan kertas itu. Aku plak cam tak leh tengok bebudak wat kerja sesaja camtu. Belikan lah air pula setiap sorang dengan koperasi. Bayar dulu rm1 hutang lagi tuh rm3. Kesiannya, Maknanya dalam beg duit aku tuh kosong takada duit. Tapi tak mengapa aku tetap yakin pasti akan ada rezeki dari Allah taala. Maha agung dan maha penyayang itu. Seperti biasa aku kalau ada masa terluang sedikit sementara menunggu kelas itu aku akan membaca buku dalam bilik rujukan sesorang untuk rehat-rehat. Dan dalam keadaan tiada duit aku rasa tak la risau mana. Allah itu maha mengetahui , semuanya aku serahkan kepada Allah yang penting ikhas dalam melakukan kerja dan melaksankan tuntutan. Tetiba aku terdengar pintu bilik dibuka, aku buat tak tahu sahaja sebab aku nin jenis payah nak ambil tahu pasal orang lain. Maka masuklah ustazah kedalam bilik itu untuk apa, untuk mengira duit kelas tambahan. Wah aku dalam keadaan tak ada duit ini , aku orang pertama diberikan duit itu, dan yang lain diuruskan. Alhamdulilah. Inilah kuasa Allah. Dia lah yang mengaturkan alam ini. segala rahsianya ada disebalik rahsia. ok la, rasanyer itu sahaja nak cerita malam ini. lupa hari ini beli kain pelikat pula untuk dibawa balik ke kampung. nak bagi ke org tua disana pula. selamat malam semua. 10.40 malam 22/5/2013

No comments:

Post a Comment