Saturday, May 18, 2013

Suatu ketika........

Assalamualaikum. Dah malam dah nin kiranya. Tapi masih lagi menulis coretan, tak mengapalah sekadar peringatan kepada diri sendiri juga. Best juga sebenarnya menulis blog ini. Ramai yang tidak tahu pasal kewujudan blog ini. Sebelum ini aku pos pasal pencen daripada mennyanyi. Yer dah tak akan menyanyi lagi dah. Rasa sesuatu yang tak sedap je. Biasalah, aku nin kalau terdengar ayat quran ja boleh pengsan. Entah la kenapa. Mungkin sebab ayat quran itu adalah peringatan daripada Allah. Hari minggu ini paling best sebab taka ada kelas. Dah lama tak ada kelas tambahan nin. Dapat juga la berehatnya. Hari ini nak coretkan satu rahsia besar . Dengar baik-baik . Walaupun aku nin cikgu tapi semasa zaman sekolah nin aku nakal la juga. Tapi rasa terpukul sebab tetiap tahun semenjak aku jadi cikgu nin kene pegi sekolah. Masa zaman belajar kat sekolah , syahdunya hahahahahaha sebabnya hari guru itu musti aku tak datang ke sekolah. Kesiannya. yup pengakuan ikhlas. Tapi nak tekankan , walaupun tak datang sekolah masa hari guru bukan bererti aku nin tak menghormati guru yup. Aku sampai sekarang masih mesej dengan guru aku dulu dan tidak lupa ucapkan selamat hari guru. Keberkatan itu perlu. Dulu zaman sekolah best, pergi sekolah pukul 8 dan pukul 10 dah balik. Kene rotan sebab memonteng. hahaha. Dulu semasa belajar sentiasa berfikir hari-hari datang kesekolah, kalau jadi cikgu sampai bila2 datang kesekolah. Rupanya ayat tuh kene pada diri sendiri. Yang pasti jadi guru nin sekali jadi guru selamanya menajdi guru. Ingat, segala pengalaman itu amat berharga untuk mengubah pelajar yang teruk sahsiahnya kepada yang lebih baik. Sepanjang mejadi guru ini, Aku melihat kepada kekurangan pengisian kerohanian, semuanya mengejar dapat A banyak. Dah dapat A banyak berbangga, sombong dan sebagainya. Dedulu nak ceritakan, pasal ambik peperiksaaan. ingat lagi subjek sejarah pasal nasionalisma tingkatan 4 dedulu ler. Cerita lama dah nin, Jawapan yang aku bagikan itu adalah berbeza dan mengikur pembacaan aku serta dikukuhkan dengan teori, Sayangnya aku tak lulus woi, sebabnya tak ada dalam skema. Aku pertahankan la tentang apa yang aku tulis itu adalah disokong dengan teori dan fakta yang kukuh. Tapi jawapan cikgu, kene ikut skema. Aku menrasakan disekolah ini adalah tempat untuk mengongkong minda , bukannya tempat untuk menimba ilmu. lantak ler. Pernah juga semasa kat universiti dulu, aku menegur seorang pensyarah yang berpangkat prof madya tentang kesilapannya dalam meyampaikan kuliah. Dia memerimannya dan mengakui kesilapnnya. Tegur bukan masa dalam kuliah ler, dlm bilik kuliah ada dalam 500 pelajar. Seleas kuliah aku pergi jumpa dia. Dalam tutorial pun aku pernah bahas dengan pensyarah. Tapi pensyarah semacam anti dengan aku. Dia sorang jerla. Aku bukan pandai pun, bukan berniat nak menunjuk tapi yang betul perlu diberitahu. Ok berhenti bab itu. Aku nak solat pula. minggu depan dah nak cuti. wasalam. 12.30 malam 19/5/2013

No comments:

Post a Comment