Monday, June 3, 2013

Baling atau terbaling nin

Assalamualaikum la semua yer.....lama sungguh tak update blognya. Biasa lah tuh kalau cuti sekolahnya. Sementara menunggu waktu subuh jadi sempat rasanyer aku update sikit la. Gambar yang ada kat situ itu adalah pemandangan dikaki banjaran keledang, atau nak mudahnya inilah kampung didaerah baling, kedah. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam.Sesat lagi tuh. Akhirnya mengambil keputusan ikut jer gps dan jumpa juga. Untuk sesiapa yang mahu ke parit buntar pula selepas ini. Aku bagi sikit tips camner nak ke sana dengan mudah dan tak perlu sesat. Adus susah jugak tuh. Pertamanya ialah, sesudah mendaki bukit grik itu dihujung sana akan berjumpa dengan 2 cabang. Satu kearah kuala kangsar, satu ke kemangi dan satu lagi ke pengkalan hulu gtu. Ada 3 cabang, jadi ambik cabang arah ke kedah sana. Terus sahaja, sekali lagi ambik cabang kiri itu. bukannya terus , yang terus itu jalannya amat jauh dan aku telah terlajak kat situ, jauh weh, aku patah balik dan ambik jalan kiri itu, kalau jalan kanan pun boleh juga tapi akan melalui kuala kangsar, taiping , bagan serai dan barulah sampai ke parit buntar. Sampai kat sana dalam pukul 6 camtu jugak la,penat kan dari pukul 7 pagi sampai 6 petang aku bawak kereta. Tapi best juga la sebab boleh tengok kampung-kampung orang. Sampai kat sana aku berhenti kat sk titi serong dan kawan aku si hamzah itu datang ambik. Pergi lah berjumpa dengan parents dia dan diajak makan nasi gulai kat sana. Pastu jenguk la sekejap barang hantaran kahwin dia tuh. Ok la, maklumlah rumahnya betul-betul tengah bendang, seronok sungguh mata memandang. Pastu aku rasa cerita ini masuk part tak best, sebab aku suruh kawan aku nin carikan hotel untuk aku bermalam. Tapi diberikan aku homestay di kawasan perumahan, adus, tak best la. Bilik memang la banyak dan ekon cuma tidak bagus la. kiri kanan aku itu rumah kosong dan geng indon. Malasnya. Tapi nak buat camner terima jerlah. Sehari je kot. Tido jerlah. Seterusnya ialah aku dah janji dengan si am nin suruh dia ambik aku pas maghrib. Penat dah nak bawak kereta. Jalan dengan kereta dia jerla. Aku dah suruh dia bawak kami ke kedai char kuew tiew yang best. Dulu aku datang masa tahun 2009, ada interi aku pasal ke sana dalam blog ini. Char dia memang sedap sungguh la, aku siap bungkus lagi untuk makan. Kali ini dia belanja , tak apa la sekali sekala. Dia bercerita camner dia kene buatan orang yang dengki dengan dia, dia tunjukkan juga gambar bagaimana dia dulu kene buatan orang, rasanyer tak perlu lah dengki. Dah rezeki masing-masing. Sebelum aku lupa aku nak ucapkan tahniah ler kat Along kuew tiew tuh. Memang menjadi ingatan ler dia punya penangan itu. Aku ada bincang juga nak pergi ke pasar kemboja esoknya. Tapi telah bincang-bincang akhirnya aku batalkan niat nak pergi kesana. Sebabnya pertama adalah nak bertolak awal ke melaka dan kedua tak nak bersesak-sesak. Tepat pukul 7 aku bergerak pulang ke melaka dan sambil-sambil itu singgah juga kat tg malim untuk makan tghhari. rasannyer itu jerlah untuk hari ini. Subuh dah masuk dah nin. Ada masa kita bercerita lagi yer. 6.09 pagi 4/6/2013

No comments:

Post a Comment