Wednesday, June 26, 2013

TELEFON BARU


  • Assalamulaikum semua iya..... Malam ini akan diupdate sedikit tentang beberapa hari kebelakangan ini semua. Pertama ialah ini adalah telefon yang akan diberikan kepada wife saya k. Wife seblum ini pakai sambung galaxcy... Tapi macam biasa la, batery cepat abis ler. So untuk lebih baik saya belikan telefon yang bagus ini katanya nokia 110. Adik beradik 1100 kot. Tapi batery tahan yok. Ada earfon puteh lagi. Memula nak belikan cam aku jugak x1. Tapi dah abis dijual, yang adalah adalah x2. Tapi tak cantik ler, keypad dia tuh gelembung. Yang ini juga menjadi pilihan. Harga tak payah tanya la k. Malam ini akan diupdatekan satu cerita khayalan yang perlu dibaca oleh semua pengikut blog yup. Pertama ialah perpindahan my wife not approve......... sedih kan. Tapi tak mengapa perlu kuatkan semangat. Aku melihat masih ramai yang legi teruk masalahnya dari aku ini. Ops sebelum lupa hari ini balik sekolah awal yok. Best-best. Tapi sabtu ini kene jadi ketua P.A pula bagi pertandingan memasak peringkat negeri. Aku konfius nin apa sebenarnya tugas seorang guru ini, Nampaknya semua kerja kene buat, Dari kutip duit, sediakan kertas soklan, persatuan, Aku malas dah nak tulis panjang yok. Kang tak larat nak nak baca blog aku nin. For my wife, banykkan sabar, nikmat sabar itu pasti akan kita dapat rasakan satu hari nanti. Seteruk mana sekali pun dugaan yang dihadapi , Allah itu maha penyayang dan maha pengasihani. Masih diingat cerita kisah nabi ibrahim bersama dengan siti hajar. Dugaan para nabi terlalu dasyat nak dibandingkan dengan kita, Jelas semua ini adalah untuk menguji keimanan kita. Aku redha dengan ketentuan ilahi. Insyallah semakin kuat ku berpegang kepada agama ku ini. Amin. Siti hajar bersama nabi ibrahim itu jelas membuktikan diakhirnya pasti ada kemanisan dihujungnya . Selawat dan salam kepada ibuku jua siti sarah dan siti hajar bersama abul anbiya , nabi ibrahim. Maka dengar la nurdhiya arya bahawa  segala kepayahan itu adalah dugaan yang akan memberikan semangat dan cahaya kepada segala kepayahan ini. Tunduk lah anak-anak dan seluruh kepada pencipta yang maha agung yang cukup sempurna dengan iradillahnya. amin. Kan panjang kan kali ini entri yang akan dipersembahkan. Nabi ibrahim dibukakan hijab semasa siti sarah bersama dengan namrud laknat itu. Allah itu sesempurna perancang. 11.37 malam..... 26/6/2013

No comments:

Post a Comment