Saturday, June 15, 2013

Spageti vs fetuscinni

Dalam pinggan ini adalah spageti, cuma tersalah beli fetsuccini jer. takper lah. Sajer uploadkan cepat-cepat sebab bimbang lupa resepi untuk buatnya. Caranya ialah beli sebungkus spageti, kalau fetuscicni tuh yang lebar sikit, masih ok lagi. Cuma jangan beli yang angle hair. Itu rasanyer macam mihun dan memang tak sedap la. Ikut pada selera la tapi aku dah cuba memang tak sedap. Sedap sos ini dengan spageti dah fetusccini jer. Untuk sos spageti guna yang dirasakan ok dan ada halal. Jenis kimball jer . Ada 3 jenis perisa, ambil la jenis bawang putih dan selasih. sedap sikit jenis itu. Seterusnya ialah cara bak buatnya ialah, Untuk sebotol sos spagtei tuh perlukan sebiji bawang besar yang dipotong kecil-kecil. Pastu gorengkan dengan menggunakan minyak bijin yup. Untuk rasa dan tak berminyak sangat. Seterusnya masukkan bebola ayam atau datang (aku suka guna jenis cap azam). Gorengkan sampai masak, masukkan juga kiub ayam yang dah dihancurkan, sebanyak setengah kiub itu.  masukkan sos tuh , kalau ada daging cincang boleh masukkan juga semasa ini. Masukkan sedikit air untuk merenehkan dia. Biar lama sikit atas dapur tuh. ...... Step seterusnya ialah lembutkan spageti itu  dengan rebuskan biar lembut. Jangan bimbang pasal spageti ini. Kalau direbus lama dia takkan lembik cam mi kita tuh. Rebus lama sikit untuk pastikan betul-betul masak. Pastu toskan spageti.Perlu diingat kalau nak masak spageti ialah jangan terus masukkan spageti dalam kuah yang dimasak. Nanti tak sedap. Yang dah ditoskan itu letakkan dalam pinggan dan curahkan sosnya barulah digaul. dah siap.... senangkan.... kalau spageti tuh banyak letak jer dalam peti ais , sosnya asingkan ler, nak makan masukkan dlm bekas , curahkan sos pastu masukkan dalam microwave.... dah siap. mudahkan. Nanti chef akan ajarkan camner nak buat spageti goreng pula k....... selamat mencuba. 16/6/2013 2.32 petang

No comments:

Post a Comment