Wednesday, June 5, 2013

IKAN KUKUS


Assalamualaikum kepada semuanya. Hari ini tajuk update ialah ikan kukus. Pasal apa dengan ikan kukus tuh. Kisahnya ialah aku membeli ikan aya(tongkol) dan juga ikan jaket untuk dimasak. Tak tahu nak buat apa maka aku pun membuat ikan kukus yang biasa dibuat untuk buat nasi dagang. Hari ini aku akan turunkan ilmu camner nak buat ikan kukus ini. Mudah jer, ikan aya dibersihkan pastu masukkan dalm periuk masukkan air sedikit. taburkan garam lebih sedikit, pastu masukkan asam keping dalam tuh. kukus dan biarkan air diadalm itu kering sedikit. Lama sikit lagi bagus. Maka ikan kukus itu sedap untuk dimasak kuah nasi dagang, nasi lemak ikan dan sebagainya. Best rasanyer ikan kalau dimasak seperti itu dulu. Pastu dah siap jangan lupa sejukkan masukkan dalm peti sejuk ler. Dedulu ikan kukus ini dimakan dengan budu jer. Sedap la. Hari ini nak bagitahu menu tengahhari ialah ikan tongkol asam, sayur. Cadangnya mahu ke pasar malam ayer keroh kot. Tengok keadaan dulu lah. Sebelum lupa nak bagitahu 2 gambar yang aku uploadkan itu semuanya berharga hampir rm700. Yang atas tuh nak bagitahu yang kelengkapan baby dah disiapkan seperti bakul, baju semua lah. Letakkan dalam beg siap2. Senang sedikit. Gambar yang kedua pula ialah vakum yang baru sangat dibeli tadi . Sebenarnya dah lama nak cari vakum camtu. Dia buleh sedut kering dan basah sekali. Bagus kan. Tak apa lah. Janji puas hati. Sebelum sampai kedai tadi aku ada nampak suami isteri duk bergaduh. hihi. Si isteri tak nak naik motor suaminya. Boleh juga camtu kan. Moga hal itu tak berpanjangan lah. Bulan ini perbelanjaan memang terlalu kasar sedikit lah. Tapi untuk kelengkapan semua juga tuh. Hepi holiday yang tinggal beberapa hari jer lagi

No comments:

Post a Comment