Monday, June 10, 2013

KLIA dan LCCT itu musti!


Cak , dah kembali balik dalam arena blog ini. Biarkah lah apa nak dikatakan. Nin blog aku punya. Hari ini hari pertama persekolah bagi penggal kedua 2013 ler. Hari ini kuliah didalam kelas itu menjadi panjang lebar, diceritakan dengan panjang lebar penuh dengan unsur nasihat. Terutama bagi kelas 1Nilam .. Kuliah tadi terbaik sungguh la. Jarang dapat hebat cam gtu. Sebelum itu aku nak bagitahu yang resdung aku dah mula surut dah. Aku amalkan makan ubat dari kelantan mengikut masa. Alhamdulilah memang mujarab la. Syukur rasanya rasa cam gni. Pastu aku nak rakamkan ucapan terima kasih kepada tukang servis di eon Terengganu. Encik Solomon Helmi. Servis yang diberikan terbaik sungguh . Susah nak puji orang. Tapi hari ini dah kene puji dengan aku. Aku nak sarankan kepada semua. Kalau nak servis kereta pergi lah ke pusat servis EON Terengganu , tempatnya adalah di belakang kedai jual lantai dan jubin. Puas hati sungguh. Pastu hari ini aku nak ceritakan juga pasal sambal berlado yang aku baru belajar. Maklum lah resdung, maka gaya pemakanan perlulah diubah. Selepas diuji aku memang tak tahan dengan belacan jer. Kalau sotong, udang semua itu aku boleh tahan lagi. Maka dengan rasminya aku dah berhenti makan belacan. Hah, aku nak ajar camner nak buat sambal belado. Aku belajar dari budak indonesia dan rasanyer sedap. Bahan-bahannya ialah cili besar, cili kecil, limau nipis, bilis, tomato dan bawang besar, . Semua bahan ini ditumbuk dan digoreng dengan minyak yang secukupnya. Seterusnya ialah goreng dengan api yang perlahan. Bilis jangan ditumbuk. Masukkan bilis dulu pun ok , untuk masakkan sikit. Seterusnya dah nampak kekuningan tuh, perahkan asam limau secukup rasa. Kan dah siap. Aku yang jenis tak boleh makan sambal belacan ini, aku makan sambal berlado dan aku buat sebekas besar . Simpan dalam peti sejuk. Nak makan jer aku panaskan dalam microwave,. Seterusnya ialah. kisah gambar-gambar yang diposkan. Gambar yang pertama ialah kad jemputan semasa hari guru tuh. Dalam itu ada nama aku dan tajuk lagu yang akan dinyayikan. Segan ler nak tengok. Jadi muka depan jerlah. Gambar yang seterusnya ialah gambar GPS yang banyak membantu aku untuk pergi kemana-mana . Dengan GPS ini aku dah sampai merata-rata tempat dah. Yang uniknya GPS aku ini dia ada 4 perisian untuk kita guna. Biasanya ada satu jer perisian. Aku beli pula murah jer. Susah kalau nak jalan-jalan tak ada GPS. Pasal apa tajuk aku tuh seperti itu, sebabnya ialah aku sentiasa akan bertandang kat sana jika tiba musim cuti sekolah. HAHA. Ok lah setakat ini dahulu coreta hari ini. selamat malam semua. Ceriakan hari-hari anda. 10/6/2013 9.14 Malam.

No comments:

Post a Comment